fbpx
Fadhlina (dua dari kanan) ketika hadir pada majlis Penyerahan SST Perdana Projek Langkah Segera RMK13 RP1 Cawangan Kerja Pendidikan Tahun 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.

117 kontraktor terima SST projek pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 117 kontraktor menerima Surat Setuju Terima (SST) bagi melaksanakan projek pembinaan bilik darjah tambahan dan dewan serba guna terbuka berbumbung di seluruh negara, hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu, 70 kontraktor akan melaksanakan pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) di 50 sekolah.

Menurutnya, 47 lagi kontraktor dilantik bagi projek pembinaan 47 dewan serba guna terbuka berbumbung.

“Kerjasama rapat antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) penting bagi memastikan pelaksanaan projek pendidikan berjalan lancar demi manfaat murid, guru serta komuniti setempat.

“Tumpuan Kerajaan Madani adalah memastikan prasarana pendidikan yang kondusif di semua sekolah. Pembinaan bilik darjah tambahan IBS dapat menangani isu sekolah padat, manakala dewan serba guna terbuka berbumbung memberi keselesaan kepada warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan SST Perdana Projek Langkah Segera RMK13 RP1 Cawangan Kerja Pendidikan Tahun 2026 di KKR, hari ini.

Tambahnya, akses kepada kemudahan berkualiti mampu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sekali gus memacu kecemerlangan pendidikan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN