fbpx

Seluruh Perlis diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlis mempertaruhkan tiga geotapak bertaraf antarabangsa dengan salah satunya adalah landskap Wang Kelian. Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

KUALA PERLIS – Perlis mencipta sejarah apabila keseluruhan negeri itu diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-10 selepas keputusan penilaian yang dijalankan pada September lalu diumumkan semalam.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, ia adalah satu pencapaian menakjubkan dan kerajaan negeri akan berusaha mempertahankan penarafan tersebut.

“Kerajaan negeri akan berusaha untuk mempertahankan penarafan tersebut dalam penilaian semula yang akan dilaksanakan pada 2027.

“Kita harap dapat menambah baik peratusan markah pada masa akan datang dan beberapa pelan dirancang akan diperhalusi dengan lebih baik selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis di sebuah hotel, di sini hari ini.

Menerusi proses penilaian yang dijalankan pada September lalu, Perlis Geopark telah memenuhi skop untuk diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan Ke-10 dengan memperoleh markah 92.96 peratus.

Perlis mempertaruhkan tiga geotapak bertaraf antarabangsa iaitu landskap Wang Kelian, stratigrafi dan fosil Guar Sanai dan fosil Bukit Chondong. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI