fbpx

Liga Europa: Liverpool dijangka mudah mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAKPO (kanan) hampir pasti bakal diturunkan untuk mengetuai jentera serangan Liverpool bagi memburu kemenangan kedua ke atas Toulouse awal pagi esok. - AFP

LIVERPOOL – Calon juara Liga Europa musim ini, Liverpool dijangka tidak berdepan masalah besar untuk layak ke pusingan 16 pasukan terbaik apabila memburu kemenangan keempat peringkat Kumpulan E menentang Toulouse awal pagi esok.

Aksi yang bakal berlangsung di Stadium TFC itu mungkin tidak begitu mencabar buat skuad kendalian Jurgen Klopp selepas mereka berjaya menewaskan lawan yang sama di Anfield sebelum ini dengan keputusan 5-1.

Perlawanan itu juga mungkin akan menjadi medan buat The Reds untuk melepaskan geram selepas mereka dikejutkan dengan keputusan seri 1-1 ketika diikat Luton Town pada aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu.

Klopp dijangka terus membuat perubahan dalam kesebelasan utama pasukannya apabila bakal menggunakan khidmat Caoimhin Kelleher di posisi penjaga gol dan membawa masuk pemain muda, Jarell Quansah sebagai pemain pertahanan dan Wataru Endo di posisi tengah.

Bagaimanapun, beliau hampir pasti mengekalkan formasi 4-3-3 dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua pemain bintang untuk mengetuai jentera serangan melibatkan Diogo Jota dan Cody Gakpo.

Liverpool yang meraih mata penuh selepas tiga perlawanan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat ke pusingan berikutnya ketika mereka kini sedang menerajui carta kumpulan tersebut.

Keputusan selain daripada kemenangan boleh dianggap mengejutkan buat Liverpool ketika Toulouse sedang berdepan masalah prestasi ketika ini apabila hanya meraih dua kemenangan dalam 13 aksi musim ini dalam semua kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI