fbpx

Mawar tayang rambut lagi, kembali bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Mawar Rashid sekali mencuri perhatian peminat apabila berkongsi gambar potongan terkini rambutnya di Instgram Story.

PETALING JAYA – Selepas tiga minggu memadam gambar tidak bertudung, pelakon Mawar Rashid sekali lagi memancing tumpuan apabila kembali berkongsi penampilan menunjukkan gaya rambut dipercayai potongan terkini.

Pelakon drama Kalis Kasih itu seolah-olah ingin menunjukkan semangat memulakan kerja dengan menyertakan kapsyen ringkas dalam Instagram Story.

“Back to work (kembali bekerja),” katanya ringkas.

Menerusi perkongsian tersebut, Mawar dilihat mengenakan baju hitam sambil melakukan beberapa reaksi wajah dalam empat sudut rakaman berbeza.

Isteri ahli perniagaan Raf Yaakob itu turut mempromosikan produk kecantikan dan alat solek jenama miliknya.

Berlatarkan lagu My Love Mine All Mine nyanyian Mitskileaks, Mawar seperti memberi bayangan mengenai kasih sayang yang kini menjadi menjadi miliknya.

Pada 10 Oktober lalu pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, itu membuat perubahan drastik apabila memuat naik gambar tidak lagi mengenakan hijab.

Dia yang sebelum itu mengakui berdepan masalah depresi meminta maaf kepada khalayak kerana gagal istiqamah.

Situasi itu membuatkan netizen bimbang dengan keadaan kesihatan mentalnya yang pernah memaklumkan bertemu psikiatrik selepas kerap berdepan serangan panik.

Begitupun, sekitar tiga minggu lalu, peminat mula meluahkan rasa lega apabila ibu anak tiga itu memadam semua gambarnya yang mendedahkan aurat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI