fbpx

Ciptaan baharu kamera tanpa lensa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMERA AI, Paragraphica menangkap gambar berdasarkan geolokasi, masa dan cuaca.

SEBUAH kamera dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) baharu, Paragraphica memiliki ciri menyerupai sebuah kamera biasa tetapi tidak memerlukan lensa.

Sebaliknya, ia menggunakan teknologi AI generatif untuk menangkap gambar berdasarkan geolokasi, masa dan cuaca.

Menurut laman web rasmi Paragraphica, kamera itu berfungsi dengan mengumpul data lokasi menerusi bantuan API terbuka (antara muka pengaturcaraan aplikasi).

Ujarnya, antara maklumat yang diguna pakai untuk menghasilkan imej adalah seperti masa, alamat, cuaca dan tempat.

“Pemidang tilik kamera menunjukkan lokasi semasa dalam masa nyata. Apabila gambar ditangkap, ia menghasilkan imej ‘scintigrafik’ berdasarkan lokasi tersebut.

“Paragraphica dijana dengan pemproses Raspberry Pi 4 Model B pada bahagian perkakasan untuk menghasilkan dan menerima foto yang dijana,” lapor laman web itu.

Kamera ini juga boleh mengubah AI teks kepada imej dengan menukar perenggan menjadi foto.

Imej yang dihasilkan bukan sekadar hasil ciptaan AI, tetapi ia adalah ‘pantulan kompleks dan bernuansa’ berdasarkan lokasi pengguna berada.

“Dalam istilah lebih mudah, imej adalah bagaimana AI melihat tempat dan ‘mood’ serta nuansa. Namun, ia betul-betul serupa dengan lokasi.

“Sebaik sahaja pengguna menekan pembidik, ia akan mencipta sesuatu yang dikenali sebagai ‘scintigraphic’ (proses yang menjana imbasan bahagian dalam badan manusia),” ujarnya.

Kamera juga mempunyai tiga tetapan fizikal untuk melaraskan data dan parameter AI.

Kamera ini menghasilkan gambar melalui maklumat.

Ketiga-tiga tetapan fizikal itu membolehkan pengguna mengawal data dan parameter AI untuk mempengaruhi penampilan imej.

Laman web itu turut menjelaskan, satu daripada tiga tetapan pada Paragraphica memiliki peranan sama dengan panjang fokus dalam kanta optik. Namun, ia juga berperanan menentukan jejari dalam sesuatu kawasan.

“Tetapan kedua memainkan peranan penting dalam mencipta sumber hingar yang diperlukan untuk penyebaran imej AI pada kadar antara 0.1 dan 1.

“Tetapan ketiga pula adalah mengurus skala panduan yang membolehkan AI melakukan penilaian mendalam untuk menghasilkan imej bersesuaian,” tulisnya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI