fbpx

Polis buru lelaki simbah cat merah pada kedai jual daging babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kedai menjual daging babi di Sibu yang disimbah cat merah oleh seorang suspek di Sibu semalam.

SIBU – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki menyimbah cat merah pada empat buah kedai menjual daging babi di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.47 pagi, semalam.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) melalui telefon bimbit pengadu mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2.04 pagi dan perbuatan itu dilakukan oleh oleh seorang suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya membuka empat kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Justeru, Zulkipli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan agar menyalurkan kepada polis dengan menghubungi talian 084-344111 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Ayor Naning di talian 010-9314015.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI