fbpx

Pegawai penguat kuasa ditahan minta suapan RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pegawai penguat kuasa ditahan selepas disyaki meminta wang berjumlah RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat, hari ini.

Wang tersebut sebagai balasan menutup kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tajaan penerbitan sebuah buletin.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 40an itu ditahan kira-kira jam 4 petang tadi di sebuah cafe di sekitar Subang Jaya.

“Suspek dipercayai menghubungi pemilik syarikat berkenaan pada Oktober lalu meminta wang tersebut bagi penerbitan buletin yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan untuk sebuah jabatan kerajaan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dengan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Shah Alam, esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI