fbpx

Papar nama Ahli Parlimen ‘ponteng’, tertakluk Speaker Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir ke MDX 2023 Grand Finale di MITEC hari ini.

KUALA LUMPUR – Cadangan beberapa pihak sebelum ini supaya memaparkan nama Ahli-Ahli Parlimen yang didapati ‘ponteng’ dengan sengaja pada sidang Parlimen di laman web akan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menyerahkan perkara itu kepada Tan Sri Johari Abdul dan perkara itu akan diputuskan beliau.

“Saya rasa mengenai perkara tersebut saya akan serahkan kepada perbincangan Speaker Dewan Rakyat,” katanya kepada media selepas melancarkan Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli-Ahli Parlimen yang didapati ‘ponteng’ itu akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Johari berkata, perkara itu merupakan antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan Parlimen yang diwakili.

”Kita akan pantau Ahli Parlimen yang selalu menghilangkan diri, walaupun saya tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka, tetapi usaha-usaha sedang dijalankan terhadap mereka yang tidak hadir.

“Kita akan naikkan nama mereka (yang tidak hadir sidang Dewan Rakyat) di dalam laman web, ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka bertanya ke mana Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri,” kata Johari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI