fbpx

[VIDEO] Siapa buang gabus di Sungai Dengkil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video beberapa gabus hanyut di Sungai Dengkil, daerah Sepang hari ini.

PETALING JAYA – Kewujudan beberapa gabus bertaburan dan hanyut di Sungai Dengkil, daerah Sepang mengundang tanda tanya dalam kalangan penduduk tempatan.

Berdasarkan video dimuat naik pengguna Facebook pada ‘Group Jenderam Hilir’, kelihatan air Sungai Dengkil mengalir deras dengan beberapa gabus hanyut, berikutan hujan lebat melibatkan daerah Sepang malam tadi.

“Misteri gabus sebesar peti ais bertaburan di sungai Dengkil pagi ini,” kata pengguna Facebook dikenali sebagai Serama Dengkil pada video dimuat naik hari ini.

Ia mengundang pertanyaan penduduk selain menyifatkannya pencemaran sungai apabila membuang barangan yang tidak sepatutnya sekali gus mencemar alam sekitar.

“Baru lalu tadi, air deras. Gabus tu pun ada tadi. Ingatkan peti ais,” kata Fara Waniee.

“Naya buang kat dalam sungai. Pencemaran alam betul,” ujar Ct Zahra.

Bagaimanapun, seorang pengguna dikenali sebagai Achik Mustafa pula menerangkan, gabus tersebut digunakan untuk apungan jalan terutama di kawasan tanah lembut.

“Itu gabus untuk buat apungan jalan, untuk kawasan tanah lembut. Kalau ditambak pun akan mendap, jadi dia guna ini.

“Bila jalan nak ditar nanti, jalan itu tak ada lah mendap dan pecah. Tapi gabus tu pun boleh kutip buat rakit sebab tahan lama. Berat satu tak silap dalam 30 ke 40 kilogram,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI