fbpx

100 pelajar B40 UniSZA dibantu Yayasan Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syaiful Rizal (dua dari kiri) menyerahkan replika cek BAP kepada Sultanah Nur Zahirah (dua dari kanan) pada majlis minum petang sempena majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15 di sini semalam.

KUALA TERENGGANU – Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengambil inisiatif membantu100 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kurang berkemampuan (B40) bagi memulakan semester baharu pengajian mereka.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, Bantuan Awal Pengajian (BAP) terbabit memperuntukkan bantuan kewangan RM1,000 bagi setiap pelajar berkelayakan berkenaan.

“Seramai 100 pelajar itu merupakan dalam kalangan B40 yang telah dikenalpasti Pejabat Hal Ehwal Pelajar UniSZA.

“BAP ini diharap dapat meningkatkan motivasi pelajar berkenaan untuk lebih cemerlang dalam pengajian masing-masing,” katanya pada majlis minum petang sempena majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15 di sini semalam.

Terdahulu beliau menyerahkan replika cek kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga
Canselor UniSZA.

Dalam perkembangan sama, Syaiful Rizal berkata, YBR telah memperuntukkan sebanyak RM479,599
bagi program pembangunan pendidikan dan masyarakat di Terengganu sepanjang tahun ini.

Tambah beliau, peruntukan berkenaan menerusi 41 inisiatif kepada golongan sasaran di negeri ini.

“YBR pihaknya komited membantu rakyat Terengganu yang memerlukan khususnya golongan B40 dan asnaf bagi memperolehi peluang pendidikan yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI