fbpx

[VIDEO] Wanita dibunuh kejam selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang ahli keluarga menyiram air mawar di pusara mangsa di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Jenazah usahawan wanita yang dibunuh kejam selepas dilanggar dan ditikam rakan kongsinya di Batu 23, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam selamat dikebumikan tengah malam tadi.

Allahyarham yang berusia 65 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh di sini pada pukul 12.15 tengah malam.

Terdahulu, jenazah usahawan tudung dan pakaian terbabit yang dibawa dari Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu tiba di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Kerteh di sini untuk disolatkan pada pukul 11.15 malam.

Upacara pengebumian wanita warga emas itu dihadiri lebih 50 ahli keluarga dan kenalan.

Kosmo! Online semalam melaporkan mayat pesara kerajaan tersebut ditemui dengan kesan 15 tikaman di dalam longkang berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal mendapati perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan rakan kongsi mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 35 tahun.

Beliau berkata, suspek disyaki melanggar sebelum menikam wanita warga emas berkenaan dalam kejadian dipercayai disebabkan tidak berpuas hati pembahagian keuntungan perniagaan.

“Rakan kongsi mangsa kemudiannya berjaya ditahan di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang pada pukul 11 pagi (semalam),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI