fbpx

Mercedes antara empat musnah, bengkel cat kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat buah kereta musnah terbakar dalam insiden kebakaran empat buah kereta di sebuah bengkel mengecat kereta di Taman Sri Batu Caves di sini, malam tadi.

GOMBAK – Empat buah kereta musnah terbakar dalam insiden kebakaran empat buah kereta di sebuah bengkel mengecat kereta di Taman Sri Batu Caves di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 11.03 malam.

Menurutnya, seramai 20 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel mengecat kereta di mana empat kereta termasuk sebuah Mercedes, terbakar 95 peratus.

“Bengkel terbabit musnah 70 peratus dan operasi tamat pada pukul 2.01 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI