fbpx

LZS catat kutipan zakat RM700 juta dalam 9 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Tamyes (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil disaksikan Md. Yusmizan (dua kiri) pada program itu di Sungai Besar, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) optimis mampu melebihi sasaran kutipan zakat RM1.2 bilion apabila sudah memperoleh RM700 juta sehingga September lalu.

Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Md. Yusmizan Yusuf berkata, hasil kutipan selama sembilan bulan itu diyakini melebihi sasaran ditetapkan tahun ini.

“Pada tahun lalu, kita berjaya mengutip RM1.07 bilion dengan pengagihan sebanyak RM1.05 bilion.

“Berkat doa umat Islam, LZS yakin dapat melebihi sasaran kutipan zakat tahun ini sekali gus mengagihkannya kepada golongan dan institusi memerlukan di Selangor,” katanya pada majlis penyerahan Bantuan Zakat kepada Individu dan Agensi di Sungai Besar di sini, hari.

Kesemua bantuan berjumlah RM1.9 juta disampaikan olej Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Sebanyak RM707,255 daripadanya disalurkan kepada 17 masjid dan surau manakala RM837,878 melibatkan 19 sekolah meliputi bantuan bina serta baik pulih infrastruktur.

Jelas Md. Yusmizan, LZS bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mengenal pasti keluarga pelajar memerlukan yang belum mendapat bantuan zakat.

“Ini bagi memastikan keluarga pelajar yang layak tidak keciciran mendapatkan bantuan tersebut. Maklumat keluarga pelajar itu dikumpul menerusi edaran borang dalam talian yang dibuat sepanjang September dan bulan lalu oleh pihak sekolah,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya setakat ini menerima lebih 900 maklum balas daripada ibu bapa dan penjaga pelajar untuk dibanci dalam program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) sekali gus didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin LZS. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI