fbpx

Dewan Rakyat: Kesepakatan rentas parti mampu atasi isu air antara negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kesepakatan merentasi parti di antara kerajaan negeri, perlu diperkukuh dalam usaha menjamin bekalan air berterusan terhadap beberapa negeri yang bermasalah di negara ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini termasuk bagi masalah bekalan air di Pulau Pinang yang memerlukan pemindahan air dari Sungai Perak.

“Jika kita lihat kadar masalah air tidak terhasil (NRW) masih tinggi di banyak negeri. Disebabkan itu perlu ada kesepakatan rentas parti dalam perbincangan antara kerajaan negeri untuk lihat semula tarif air di negeri.

Kami di peringkat Kerajaan Persekutuan akan sediakan kertas Jemaah Menteri mengenai perkara terbabit,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu apakah tindakan kerajaan dalam usaha mempercepat projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Pulau Pinang bagi memastikan jaminan bekalan air berterusan membabitkan kedua-dua negeri terbabit.

Jelas Nik Nazmi, ketika ini, beliau difahamkan, perbincangan antara kerajaan negeri Perak dan Pulau Pinang telah bermula dengan baik.

Katanya, perkara itu telah disuarakan dalam Mesyuarat Majlis Air Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri dan turut dihadiri Menteri Besar Perak dan Exco Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI