fbpx

BMW terbabas, dua nyaris maut tercampak keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam nahas kenderaan berhampiran Plaza Tol Kajang Lebuh Raya Utara Selatan, Kajang, hari ini.

KAJANG – Dua penumpang nyaris maut selepas tercampak keluar daripada kereta selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas berhampiran Plaza Tol Kajang Lebuh Raya Utara Selatan di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.07 pagi.

Katanya, sembilan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis BMW yang terbabas di mana terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita.

“Pemandu lelaki tersepit, manakala dua lagi mangsa yang merupakan seorang lelaki dan wanita lingkungan 30-an tercampak keluar, namun mereka selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, pemandu yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa empat minit dan kemua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI