fbpx

Armizan paling layak isi kekosongan Menteri KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menggesa kerajaan segera mengisi kekosongan bagi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ini kerana kata Rosol, kekosongan jawatan itu boleh menyebabkan beberapa isu berkait dengan kos sara hidup yang membelenggu rakyat ketika ini tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

Beliau berpandangan, pemangku Menteri KPDN ketika ini iaitu Datuk Armizan Mohd Ali adalah calon paling layak untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Wajar pemangku ini (Armizan) dilantik sebagai menteri mengambil kira betapa seriusnya masalah kos sara hidup ketika ini.

“Kalau timbalan menteri ada, dia tak boleh masuk dalam Mesyuarat Kabinet. Itu cadangan saya (supaya dilantik menteri yang baharu),” katanya.

Beliau mencadangkan perkara berkenaan ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 KPDN di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI