fbpx

Mahkamah Tinggi ketepi keputusan lepas tanpa bebas Inspektor Sheila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inspektor Sheila

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Selayang yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) pegawai polis Inspektor Sheila satu tuduhan mengaibkan kehormatan.

Hakim Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Inspektor Sheila atau nama sebenarnya S Sheila Sharon, 35, kerana pertuduhan itu tidak dibaca dan tidak diambil pengakuan semasa pendakwaan kes pada 26 Jun lalu.

Difahamkan, pertuduhan itu tidak dibacakan kerana berlaku masalah teknikal ketika kes didaftarkan di Mahkamah Majistret tersebut.

Bagaimanapun, tiga lagi pertuduhan yang dipertuduhkan sebelum ini masih lagi berjalan selain masih kekal dengsn tarikh perbicaraan dijangka pada Februari tahun depan di Mahkamah Majistret Selayang.

Sebelum ini, Shiela didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa dan menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk , botak dan badak sumbu”.

Bagi kesalahan mengugut Sheila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi seksyen menghina, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di
di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini pukul 12 tengahari pada 15 Jun lalu.

Bagi satu lagi pertuduhantertuduh didakwa telah menyebut berkenaan pangkat Lans Koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud untuk mengaibkan kehormatan penama tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat sama pukul 1.25 petang pada 15 Jun lalu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.

Sebelum ini, tular seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ dikatakan merendah-rendahkan pangkat anggota polis lain.

Sejurus kejadian tular itu, sebanyak lapan kertas siasatan dibuka selain tindakan ditahan tugas dikenakan ke atas pegawai polis itu berikutan beberapa siri kekecohan yang tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI