fbpx

Busana moden sofistikated untuk ‘raja sehari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Potongan yang kemas menjadikan pengantin lelaki tampil yakin.

BAJU pengantin lelaki sama pentingnya dengan baju atau busana bagi pengantin perempuan.

Hal ini kerana kedua-dua busana itu perlulah tampak sepadan dan sesuai digayakan bersama, selain perlu menepati tema majlis perkahwinan yang dipilih.

Kebanyakan busana pengantin lelaki kini boleh didapati di kedai-kedai biasa yang menjual sut lelaki.

Biarpun ia memudahkan bakal pengantin, namun pilihan yang terhad dengan saiz yang kurang tepat menjadikan proses pemilihan pakaian pada hari perkahwinan sebagai sesuatu yang mencabar.

Justeru, bagi memastikan pengantin lelaki tampil kemas dan segak ketika meraikan hari bahagia mereka, jenama pakaian lelaki bespoke tempatan, Wardrobe baru-baru ini melancarkan koleksi busana pengantin lelaki, di bawah label The Wardrobe Weddings 2023/2024.

Koleksi yang diberi nama All Eyes On Me itu menampilkan 12 pasang busana pengantin lelaki yang direka penuh teliti dan versatil yang melambangkan estetika jenama itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Lim Fang Heng, beliau berhasrat untuk menampilkan seleksi busana pengantin lelaki yang bukan sahaja kemas, tetapi juga selesa dan menyerlahkan keperibadian jejaka.

“Perkahwinan merupakan simbolik penyatuan dua jiwa dan majlis perkahwinan itu sendiri merupakan satu peristiwa penting dalam kehidupan pasangan pengantin.

“Di Wardrobe, kami komited untuk menyediakan penyelesaian yang holistik melibatkan pemilihan busana pengantin lelaki pada hari bahagia mereka. Jika dilihat, pengantin lelaki kini mempunyai pilihan busana yang agak terhad.

“Justeru, kami menawarkan kepakaran jahitan dan keunikan rekaan kepada para pelanggan dan berhasrat untuk menjadi destinasi sehenti terbaik bagi pakaian pengantin lelaki,” katanya.

Pelancaran koleksi baharu tersebut dimulakan dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan 12 busana Wardrobe Weddings 2023/2024.

Busana pengantin lelaki moden diketengahkan dalam pelbagai warna menarik.

Sut lelaki penuh elegan daripada pelbagai rona seperti biru kelasi, jingga dan juga merah jambu lembut memukau pengunjung yang hadir, sekali gus menyerlah gaya sofistikated bakal pengantin. Lelaki bertambah tampan dengan sut bersesuaian.

Tambah Fang Heng, Wardrobe mahu menghasilkan pakaian buat apa sahaja tema perkahwinan, sesuai dengan kehendak bakal pengantin.

“Sama ada perkahwinan bertemakan pantai, perkahwinan dalam taman, perkahwinan dalam ballroom, majlis koktel sehinggalah perkahwinan tuksedo formal, koleksi Wardrobe berhasrat untuk memenuhi setiap permintaan anda.

“Sebagai pelengkap gaya, kami turut menawarkan pelbagai pilihan aksesori seperti tali leher, tali pinggang dan juga cufflinks untuk digayakan bersama pada hari bersejarah mereka,” katanya.

Koleksi made-to-measure Wardobe boleh ditempah pada harga bermula RM2,500.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI