fbpx

Ahli Parlimen Labuan isytihar sokongan kepada Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaili (kiri)

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) menzahirkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.

Menerusi sebuah kenyataan, beliau mengambil keputusan demikian setelah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi permasalahan yang ditanggung rakyat Labuan selama 15 tahun ibarat melepaskan batuk di tangga atau secara ‘piecemeal basis’.

“Setelah mempertimbangkan secara terperinci akan rintihan rakyat Labuan yang berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta masalah bekalan air dan elektrik, saya mengumumkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini.

“Sukacita, saya juga mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang banyak membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat GLC Negeri Sabah dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelak sebarang keraguan, beliau menegaskan akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Meskipun berdepan dengan risiko sebarang tindakan disiplin daripada parti, saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi-pengundi di kawasan saya terbela dari terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan kerana perbalahan naratif politik seperti mana yang berlaku sekarang.

“Saya dengan ini menyokong dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan usaha-usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang,” katanya.

Menurut Suhaili, keputusan beliau dibuat tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak dan dilakukan seikhlas hati demi kepentingan rakyat Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI