fbpx

Serie A: Lukaku sedia hadapi bahana di San Siro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kiri) dianggap pengkhianat oleh para penyokong Inter selepas memilih untuk menyertai Roma secara pinjaman musim ini. - AFP

ROM – Penyerang prolifik AS Roma, Romelu Lukaku perlu mempersiapkan mental sebaik mungkin apabila turun menentang bekas kelabnya, Inter Milan di laman keramat pasukan itu, Stadium San Siro untuk aksi Serie A awal pagi esok.

Lukaku, 30, berkemungkinan besar bakal menerima cemuhan dan kritikan daripada lebih 50,000 penyokong tegar Inter yang sudah ‘berpatah arang’ kerana menganggapnya sebagai pengkhianat.

Ia selepas bintang Belgium itu menolak pelawaan menyertai The Nerazzurri secara tetap, sebalikya memilih untuk menyertai Roma di bawah kendalian Jose Mourinho secara pinjaman daripada Chelsea sehingga akhir musim ini.

“Saya tidak tahu pula dia (Lukaku) begitu penting buat para penyokong Inter. Mungkin disebabkan dia pernah memenangi liga dan piala bersama Inter yang sebenarnya lebih 200 pemain pernah melakukannya dalam sejarah Inter,” kata Mourinho.

Walaupun kini menjadi musuh terbesar Inter tetapi Lukaku menikmati kehidupannya di Rom apabila berjaya meledak lapan gol daripada 10 perlawanan untuk semua kejohanan bersama Rom termasuk lima gol dalam kempen Serie A musim ini.

Ia sekali gus memberi gambaran bekas penyerang Manchester United itu mampu menghadiahkan kemenangan buat Roma ke atas Inter buat kali pertama sejak 2016.

Bagaimanapun, Roma bakal turun dalam aksi itu tanpa kehadiran Paulo Dybala, Lorenzo Pellegrini dan Renato Sanches, sementara Mourinho tidak akan berada di garisan tepi padang kerana digantung perlawanan selepas menerima kad merah ketika menang 1-0 ke atas Monza hujung minggu lalu.

Sebagai rekod, Roma ketika ini menghuni tangga ketujuh Serie A dengan 14 mata, ketinggalan lapan mata di belakang Inter yang kini selesa menerajui carta liga selepas sembilan perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI