fbpx

114 juta orang terpaksa jadi pelarian-UNHCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan mengagihkan makanan di kem sementara untuk pelarian di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza kelmarin. - AFP

GENEVA, Switzerland – Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menyatakan bahawa angka penduduk di seluruh dunia yang berpindah secara paksa kini lebih 114 juta orang, lapor akhbar Arab News kelmarin.

“Jumlah penduduk yang berpindah akibat perang, pe­nganiayaan, keganasan dan pencabulan hak asasi manusia di dunia melebihi 114 juta orang setakat akhir September lalu,” kata UNHCR.

Punca utama perpindahan penduduk pada separuh pertama 2023 ialah konflik di Ukraine, Sudan, Myanmar dan Republik Demokratik Condo di samping krisis kemanusiaan di Afghanistan serta kombinasi n kemarau, banjir serta ketidaksamaan di Somalia.

“Fokus dunia sekarang adalah malapetaka kemanusiaan di Gaza. Namun, di peringkat global, terlalu banyak kon­flik yang makin merebak atau memuncak sehingga mengorbankan nyawa orang awam dan memaksa perpindahan penduduk, kata ketua UNHCR, Filippo Grandi.

“Kegagalan masyarakat antarabangsa dalam menyelesaikan atau mencegah konflik baharu mendorong perpindahan dan kesengsaraan. Kita mesti melihat dengan lebih mendalam dan bekerjasama untuk menamatkan konflik serta membenarkan pelarian pulang dan memulakan semula hidup mereka,” jelasnya.

Dalam laporannya, UNHCR mendedahkan bahawa 110 juta penduduk dunia terpaksa berpindah setakat akhir Jun lalu.

Angka itu menyaksikan pe­ningkatan 1.6 juta penduduk sejak akhir 2022.

Menurut UNHCR, angka itu merupakan rekod baharu sejak pihaknya mengumpul data perpindahan paksa pada 1975.

Sejak Israel menyerang Gaza sebagai tindak balas kepada serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, jumlah penduduk yang berpindah di Gaza dianggarkan mencecah 1.4 juta orang, demikian menurut Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI