fbpx

‘Pak belang’ berkeliaran di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR harimau berkeliaran di sebatang jalan raya di Siak, Jumaat lalu. - Foto @kabarpekanbaru/Instagram

JAKARTA –  Satu rakaman video memaparkan seekor harimau Sumatera keluar dari hutan dan berkeliaran di sebatang jalan raya di Siak, wilayah Riau, Jumaat lalu, lapor laman berita Prohaba kelmarin.

Haiwan itu didapati berkeliaran dan menyeberangi jalan raya di Pusakom, manakala kelibatnya dirakam oleh seorang penduduk yang menaiki kenderaan sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram @kabarpekanbaru itu, pemandu kenderaan tersebut berhenti untuk merakam aksi raja rimba tersebut.

Berikutan kemunculan haiwan tersebut, sebuah unit pasukan pemuliharaan sumber alam Siak turun ke lokasi itu Sabtu lalu.

Ketua unit berkenaan, Genman Suhefti Hasibuan menyatakan, lokasi harimau itu muncul adalah di kawasan tanaman hutan industri, PT Arara Abadi.

Menurutnya, harimau itu berkemungkinan mahu membaham lembu peliharaan dan berkeliaran di kawasan tanaman hutan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI