fbpx

Kelembutan, kejelitaan Sophia Albarakbah buat lelaki cair – Shahz Jaszle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebagai rakan baik kepada Sophia Albarakbah, Shah (kiri) tidak menafikan bahawa wanita itu memiliki pesona luar biasa.

KUALA LUMPUR – Sebagai rakan baik kepada aktres sensasi Sophia Albarakbah, pelakon Shahz Jaszle menyifatkan gelaran penyondol atau pemusnah rumah tangga yang dilekatkan pada aktres itu adalah sangat kasar.

Katanya, prasangka segelintir pihak yang meletakkan pelbagai panggilan buruk itu hakikatnya didorong perasaan dengki dengan kejelitaan pelakon tersebut.

Malah Shahz Jaszle mengakui dia dan isterinya, Nur Hanis Husna yang menjadi tempat aktres itu meluahkan rasa sedih turut bersimpati dengan situasi dihadapinya.

“Sudah tentu dia sedih sehingga meluahkan rasa terkilan kepada kami selepas dituduh dengan bermacam-macam tohmahan terutama dicop penyondol.

“Kami cuma minta dia abaikan saja perkara itu selain tak perlu takut kerana ada sesetengah individu cemburu serta insecure dengannya yang cantik dan lemah lembut.

“Sophia kerja keras untuk berada di tempat sekarang, jadi sebagai kawan saya nasihatkan dia jangan cepat mengalah,” katanya selepas pelancaran program Unifi TV Original, semalam.

Pemilik nama sebenar Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 35, itu juga tidak menolak dakwaan ada sesetengah individu ingin mendekati aktres berdarah campuran itu menerusinya.

Akui Shahz yang bergandingan dengan Sophia menerusi drama Cinta Hilang Kata menegaskan, andai mereka mempunyai niat tidak baik dia (Sophia) akan terus menolak.

“Sikap lemah lembut serta kejelitaannya memang boleh buat hati lelaki cair sampai ada kenalan saya serta isteri meminta diperkenalkan kepadanya kerana tahu kami akrab.

“Tetapi kalau sudah rasa ada niat tak baik, memang kami tak layan terutama lelaki berstatus suami orang,” katanya.

Baginya, secara peribadi seseorang aktor juga perlu bijak menjaga batas supaya tidak terjebak kepada cinta lokasi sedangkan sudah berkeluarga.

Akui bapa kepada dua cahaya mata itu, apabila isu membabitkan hubungan terlarang kebiasaannya si lelaki ‘terlepas’ begitu saja sedangkan wanita dipersalahkan 100 peratus biarpun belum terbukti kesilapan.

“Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri nak bawa diri ke arah mana dan nak letakkan perasaan bagaimana terhadap heroin kita.

“Memang bila berlakon sekali kita akan rapat sebab nak mewujudkan keserasian ketika berlakon, tapi jangan berlebih-lebih selain kena sedar diri.

“Hakikatnya kelembutan Sophia boleh buat orang salah sangka dan ingat Sophia menyukai mereka. Itu yang mungkin cetuskan isu,” ulasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI