fbpx

Seluar dalam harga RM27,769 kini trending

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELUAR dalam berlian ketika ini menjadi trending di laman Weibo, China. - Foto 8days

BEIJING – Seluar dalam labuci berlian yang dihasilkan oleh jenama mewah Itali, Miu Miu menjadi trend di China, lapor portal berita The New Paper semalam.

Selebriti dari negara itu seperti  Yang Mi, Zhao Jinmai dan Minnie (G)I-dle  semuanya pernah memakai seluar dalam tersebut.

Seluar dalam berharga AS$5,600 (RM27,796) itu mendahului senarai carian panas di laman mikroblogging Weibo, demikian menurut portal berita 8days.

Sebelum ini, Minnie memakai seluar dalam itu untuk kulit depan majalah Harper’s Bazaar edisi Singapura pada bulan Ogos lalu.

Duta Miu Miu, Jinmai pula dilaporkan pernah memakai seluar dalam tersebut.

Sesetengah pihak berpendapat bahawa penghasilan seluar dalam itu telah digembar-gemburkan. 

“Ketebalan menjadikannya kelihatan seperti lampin dan kami tidak faham apa yang dipanggil dengan 1kitaran’ fesyen ini,”  kata mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI