fbpx

Liga Juara-Juara Asia: Ulsan Hyundai sekat hajat JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON Da Silva (tengah) menjaringkan gol tunggal buat JDT yang terpaksa akur tewas 3-1 kepada Ulsan Hyundai, sebentar td. - FB JOHOR Southern Tigers

KUALA LUMPUR – Hasrat besar Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus cipta kejutan ke atas Ulsan Hyundai tidak kesampaian apabila tewas 3-1 pada aksi ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia di Stadium Ulsan Munsu, sebentar tadi.

Walaupun memulakan perlawanan dengan agak sukar, mentaliti dan kualiti yang dipersembahkan anak buah Esteban Solari masih membuktikan Harimau Selatan masih mampu bersaing bagi merebut slot ke pusingan seterusnya.

Terdahulu, JDT mengharungi tempoh 20 minit penuh seksa, menyaksikan Ulsan Hyundai memperoleh tiga gol bermula dengan jaringan pembukaan Jung Seunghyun seawal minit kelima.

Ketika usaha Harimau Selatan mencari rentak, Gustav Erik Ludwigson mula mencuri perhatian selepas menambah dua lagi gol buat tuan rumah pada minit ke-12 dan 18.

Sebaik perlawanan melepasi 30 minit, JDT mula menemui ruang untuk menekan Ulsan Hyundai hingga menyaksikan pertahanan tuan rumah, Kim Tae Hwan diarah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua.

Gol pertama JDT seawal minit ke-53 menerusi Bergson Da Silva jadi petanda kebangkitan cuba dihadirkan Harimau Selatan yang dilihat makin garang mengatur gerakan.

Ketika Ulsan Hyundai seakan lebih tertumpu kepada tugasan bertahan, JDT yang memasukkan Fernando Forestieri terus menambah tenaga tambahan di jentera serangan apabila membawa masuk Ramadhan Saifullah bagi menggantikan Matthew Davies.

JDT berpeluang menebus kekalahan ini pada aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim, 7 November ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI