fbpx

Fokus matlamat solidariti, jangan perbesar perkara kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im (empat kanan) bergambar bersama sebahagian panel jemputan dan pihak produksi program Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di studio TV Alhijrah, di sini hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, menggesa masyarakat supaya menjadikan solidariti kepada rakyat Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini sebagai fokus utama.

Beliau berkata, perkara-perkara kecil yang berlaku juga tidak perlu diperbesarkan kerana hanya memberi kesan kepada matlamat solidariti berkenaan.

“Matlamat sebenar penganjuran malam ini adalah untuk menunjukkan kebersamaan kita. Solidariti itu matlamat utama,” katanya kepada media selepas berucap di program Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di studio TV Alhijrah, di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebenaran laungan takbir dalam mana-mana perhimpunan aman bukanlah isu utama namun ia bergantung kepada budi bicara dan kefahaman penganjur.

Beliau berkata, dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012), terdapat tiga komponen penting, tanggungjawab penganjur, tanggungjawab peserta perhimpunan dan tanggungjawab pasukan polis.

“Isu pokoknya adalah solidariti kepada rakyat Palestin. Negara mereka (rakyat Palestin) diiktiraf sebagai negara berdaulat tetapi buminya dijajah. Nyawa dua juta rakyat Palestin diancam,” ujarnya di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI