fbpx

Shila Amzah mimpi Ubai ‘disondol’ wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila mendedakan pernah diulit mimpi ngeri suaminya diganggu wanita lain.

MEMANG aneh tetapi itu yang berlaku pada Shila Amzah apabila bermimpi mengenai seorang pelakon wanita mengganggu suaminya, Ubai.

Pada awalnya terkejut Diva baca perkongsian tetapi rupa-rupanya hanya mainan mimpi tetapi jalan ceritanya memang mendebarkan sebab tertanya-tanya siapa pelakon wanita itu.

Kongsi Shila, wajah wanita itu masuk ke dalam mimpi sebab gosip mengenainya terlalu kerap muncul.

“Banyak sangat gosip pelakon perempuan ini hingga dia termasuk dalam mimpi sudah dua kali, kacau Ubai.

Sudahlah mood tidak baik bila bangun pagi.

“Semalam (beberapa hari lalu) nampak dia di stadium, mimpi lagi. Terlalu ‘real’. Anda pernah macam ini tak?” kongsinya.

Mungkin perkara biasa sebab itulah kalau nak masuk bilik tidur, jangan lupa berdoa jauhi mimpi pelik.

Apapun, jangan risau ya Sha. Tiada siapa berani nak kacau Ubai. Teruskan bermimpi lagi ya.

DIVA: Ramai juga kelibat selebriti wanita hadir ke stadium menonton bola baru-baru ini antaranya Zahirah MacWilson dan Sophia Albarakbah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI