fbpx

Mental terganggu angkara ‘housemate kiriman neraka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sikap ‘psiko’ Nazim yang sering membangkitkan kemarahan Zaini menyebabkan Zaini hilang sabar. – Gambar hiasan

BENAR kata orang, kejahatan yang dilakukan bukan sahaja meninggalkan impak kepada ‘pembuat onar’ itu tetapi juga individu yang menjadi mangsanya.

Itulah yang terjadi kepada Zaini (bukan nama sebenar). Daripada seorang yang baik dan pendiam, bertukar karakternya menjadi seorang agresif, pemarah dan mudah bergaduh.

Masih berbekas dalam ingatan Zaini apa yang berlaku kepadanya beberapa tahun lalu.Segalanya bertitik tolak daripada langkahnya untuk tinggal menyewa di ibu negara atas tuntutan latihan industri.

Dia bersama seorang lagi rakan seuniversiti, Amirul (bukan nama sebenar) datang ke ibu kota untuk menjalani praktikal.

Menurut Zaini yang berasal dari utara tanah air, dia dan Amirul berjaya mendapat sebuah bilik sewa tidak jauh dari tempat praktikal dan boleh diakses dengan pengangkutan awam.

“Saya daripada keluarga susah, mujurlah kami dapat menyewa bilik di rumah yang tidak jauh dari tempat praktikal dan boleh diakses dengan pengangkutan awam, kuranglah sikit beban kewangan dan bolehlah berjimat,” kata Zaini kepada Panorama baru-baru ini.

Rumah tersebut mempunyai tiga penyewa lain. Dua orang penyewa di rumah tersebut semuanya baik dan ramah belaka, cuma seorang lagi yang bernama Nazim (bukan nama sebenar) lain sikit caranya.

“Sejak dari hari pertama kami melangkah kaki ke rumah itu, Nazim macam kurang suka dengan kami berdua terutama saya. Tegur pun langsung tiada respons. Nazim mungkin menjadikan saya sasaran kerana melihat saya sebagai seorang yang lebih mudah dibuli,” kata Zaini.

Tambah Zaini, dia dan Amirul enggan ambil pusing perkara tersebut dan lebih banyak bersembang bersama dua lagi penyewa lain.

Selepas dua bulan tinggal menyewa di rumah tersebut, Zaini melihat perangai ‘psiko’ Nazim semakin jelas.

Zaini tertekan apabila melihat makanan-makanannya yang disimpan dalam peti sejuk sering dibuang Nazim sesuka hati. – Gambar hiasan

“Dua lagi abang penyewa ada juga bercerita kepada kami tentang Nazim. Mereka kata Nazim memang begitu, macam dalam ‘dunia’ dia sendiri.

“Jadi kami pun buat tak kisah dan masih ada rasa hormat dengannya,” kata Zaini.

Pada mulanya, Nazim selalu mengganggu mereka dengan tiba-tiba menutup lampu semasa dia dan Amirul sedang duduk bersembang atau menonton televisyen di ruang tamu rumah.

“Ada satu hari ketika kami berdua sedang menonton televisyen sekitar pukul 9 malam, Nazim balik dari rumah dan padamkan lampu ruang tamu tempat kami beristirahat.

“Kami terkejut dengan tingkah lakunya dan kami pun terus saja masuk ke bilik,” katanya.

Tidak sekadar itu, kelakuan Nazim kemudiannya semakin menjadi-jadi.

Pada satu hari, Zaini dan Amirul terkejut apabila makanan yang disimpannya di dalam peti sejuk hilang begitu saja. Bila dapat tahu, rupanya makanan tersebut dibuang

Nazim atas alasan tidak suka peti ais bersepah dengan makanan.

“Kami terkejut kerana belum sempat jamah makanan. Kami berdua letak pun tidak sampai dua jam tetapi sudah dibuang tanpa bertanya,” jelasnya.

Apabila kejadian buang makanan kerap berlaku saat Zaini mahu mengisi perut dan duit dalam simpanannya menyusut, Zaini semakin hilang sabar. Zaini berasa Nazim cuba memancing kemarahannya.

Akui Zaini, dia paling terkesan dengan sikap Nazim dan sejak itu mentalnya juga terganggu.

Tingkah laku Nazim amat menekan jiwanya serta membuat Zaini stres dan hilang fokus dalam tugas-tugas latihan industri.

Kemuncak kemarahan Zaini apabila Nazim kemudian membuang barang kelengkapannya.

“Selain berkongsi peti sejuk, kami yang berkongsi tandas dan bilik mandi dengannya juga kehilangan barang mandian dipercayai dibuang Nazim.

“Kami ini sekadar pelajar praktikal. Bukannya berduit sangat. Makan seharian pun kami berjimat cermat. Ini pula barang dan kelengkapan dibuang begitu saja tanpa sebab,” tuturnya.

Sejak itu, kata Zaini, dia yang sebelum ini tidak pernah bergaduh tiba-tiba menjadi agresif disebabkan perlakuan Nazim terhadapnya. Zaini bahkan jadi pendendam dan terikut-ikut dengan perangai menjengkelkan Nazim terhadapnya sebelum ini.

“Saya ini orangnya mudah dan tidak suka bergaduh atau ganggu hidup orang lain. Tetapi saya jadi ‘mental’ disebabkan dia (Nazim). Saya seakan-akan ‘dibuli’ secara mental.

“Refleksi buruknya terhadap saya membuatkan diri saya berubah 360 darjah dan seolah-olah bukan menjadi diri yang sebenar. Saya kerap kali bergaduh dan bertengkar dengan Nazim apabila saya merasakan terancam dengan apa yang dilakukan.

“Pernah juga beberapa kali saya membalas dendam dengan apa yang dilakukan sehingga kami hampir bertumbuk tetapi ditenangkan Amirul dan rakan serumah lain,” katanya.

Rakan baiknya, Amirul melihat perubahan perangai Zaini apabila Zaini mula terbawa-bawa sikap cari gaduh dan mudah marahnya ke pejabat dan orang di sekelilingnya.

“Teguran daripada Amirul membuatkan saya mula tersedar yang saya sudah jauh berubah.

“Selepas enam bulan, kami keluar dari rumah tersebut usai kontrak sewa tamat.

“Saya beransur-ansur pupuk diri untuk mengawal kemarahan dan kini berasa lebih tenang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.