fbpx

DAP sokong Palestin pun hendak dipolitikkan – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng

PETALING JAYA – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyelar tindakan parti politik tertentu yang mempolitikkan sokongan parti itu kepada Palestin.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, parti lawan DAP sanggup mempolitikkan perkara tersebut di sebalik kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh rakyat Gaza.

“DAP sokong Palestin pun nak dipolitikkan oleh parti lawan sungguh pun kesengsaraan rakyat Gaza harus disokong semua untuk menentang rejim Israel,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik rakaman video ucapannya mengenai nasib rakyat Palestin dan kezaliman Israel di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Guan Eng menyifatkan serangan Israel ke atas sebuah hospital di Gaza amat menyayat hati dan melampaui batas kemanusiaan.

Menurut beliua, perbuatan zalim tersebut harus dikecam olah semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau turut membidas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana kelihatan tidak bermaya dalam usaha menghalang pembunuhan secara besar-besaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI