fbpx

Bapa, kekasih dituduh abai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THAYALAN dan Mageswari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan mengabaikan dan mendatangkan kecederaan kepada anaknya antara Julai sehingga Oktober tahun ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu van dan teman wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana mengabaikan anak kandungnya sehingga mengalami kekurangan zat dari Julai sehingga Oktober tahun ini.

Bapanya, R. Thayalan, 37, dan teman wanitanya, K. Mageswari, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengabaikan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu hingga mengalami kekurangan zat makanan atau mulnutrisi.

Sementara itu, dalam pertuduhan berasingan, wanita itu turut didakwa atas pertuduhan mendatangkan kecederaan fizikal pada tangan kanan kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah bagi pertuduhan itu.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Pulai Jaya, di sini antara Julai lalu hingga 12 Oktober lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Theviya dan Abdul Umar Faiz Abdul Kohar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 21 November depan bagi tarikh jatuh hukum serta sebutan semula selain lantikan peguam.

Kosmo! pada 18 Oktober lalu melaporkan seorang kanak-kanak menderita akibat disyaki didera bapa kandung dan teman wanita lelaki itu dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Taman Skudai Jaya di sini, 13 Oktober lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI