fbpx

Tak main atau habiskan masa dengan anjing – Julia Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Julia Farhana menegaskan bahawa dia tidak membela anjing.

KUALA LUMPUR – Pelakon Julia Farhana Marin menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa dia membela anjing seperti yang didakwa netizen sebelum ini.

Menurutnya, haiwan tersebut hanya ditumpangkan sementara di rumahnya dan dijaga oleh pembantu rumah selain memberi rawatan kerana penyakit kulit.

“Saya tidak tahu dari mana kenyataan dan dakwaan mengatakan saya membela anjing itu muncul.

“Sebenarnya saya tidak bela dan hanya jaga sementara untuk beberapa bulan di rumah dan beri rawatan bagi penyakit kulit anjing itu.

“Tak pernah main atau habiskan masa dengan anjing-anjing itu pun. Kini sudah ada tuan lain menjaga mereka,” katanya kepada HibGlam selepas pelancaran produk Mayang di sini, semalam.

Dia bagaimanapun mengakui khilaf kerana menjaga haiwan tersebut di kediamannya sedangkan boleh menyewa di premis lain untuk tujuan murni tersebut.

“Hakikatnya makhluk lain pun perlukan kasih sayang dan penjagaan tetapi mungkin cara saya salah.

“Mungkin selepas ini, kalau nak beri jaga atau rawat, saya akan sewa satu ruang sebagai tempat pelindungan haiwan sebegitu.

“Selain itu, saya bukan sahaja bantu anjing sahaja tetapi juga miliki dan menjaga lebih 20 ekor kucing,” ujarnya.

Sebelum ini, Julia pernah tampil memohon maaf jika tindakannya menjaga anjing bernama Julio mengundang rasa kurang senang ramai.

Ujarnya, haiwan peliharannya itu bukanlah dipelihara di dalam kediamannya sebaliknya diletakkan di halaman rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI