fbpx

Muslimat Pas: Jenazah Fatihah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Fatihah Nabila selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan, Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani pagi ini. (Gambar kecil: Fatihah Nabila).

SUNGAI PETANI – Jenazah Ketua Ameerah Pas Sungai Petani, Fatihah Nabila Bukri, 23, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 390 Lebuh Raya Utara-Selatan di Behrang, Perak pada petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan di Kota Kuala Muda, dekat sini pada pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Fatihah dibawa pulang dari Hospital Slim River, Perak dan tiba di rumah keluarganya di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, di sini kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Jenazah kemudian dibawa ke surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris untuk disembahyangkan dan solat jenazah diimamkan bapanya, Bukri Khalid, 52, dengan disertai kira-kira 200 orang jemaah lain.

Kosmo! sebelum ini melaporkan niat murni tiga muslimat Pas Sungai Petani untuk membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila mereka dirempuh kereta lain di lokasi kejadian petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Fatihah yang juga seorang guru Pasti Al Fatih Junior, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani bersama Ketua Dewan Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, disahkan maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa, Penolong Setiausaha 1 Dewan Muslimat Pas Sungai Petani, Nurul Najihah Amzi, 27, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Slim River. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI