fbpx

2,083 lagi doktor kontrak diserap ke jawatan tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Zaliha (dua,kanan) menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akedemik kepada Mohamad Badrulhisham Harun iaitu Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan pada Istiadat Konvokesyen ILKKM Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Seramai 2,083 lagi pegawai perubatan kontrak akan diserap ke perjawatan tetap pada hujung tahun ini, yang merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menyerap 12,800 doktor kontrak sebagai lantikan tetap.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, langkah itu akan dilakukan secara berperingkat dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Diberikan perjawatan tetap itu ialah 12,800 untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. Kita telah melaksanakan sebahagian daripada penempatan itu.

“Dengan kerjasama SPA, kita akan menawarkan pelantikan tetap lagi untuk 2,083 tambahan pegawai perubatan kontrak ke tetap. Kita jangka untuk mereka melapor diri di fasiliti kita pada akhir Disember ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2023 Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Dilaporkan pada April lalu, kerajaan komited untuk menyerap seramai 12,800 doktor kontrak dalam tempoh tiga tahun bermula dengan hampir 4,300 pegawai kontrak diserap sebagai lantikan tetap pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI