fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hamas guna pelancar roket Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap kelihatan di udara selepas serangan Israel ke atas Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza kelmarin. - AFP

BANDAR GAZA – Kumpulan Hamas didakwa menggunakan pelancar roket anti kereta kebal t (RPG) yang dibekalkan oleh Korea Utara dalam perang menentang Israel, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pejuang Palestin berpangkalan di Gaza itu didakwa membawa pelancar roket F-7 pada bahu mereka yang direka untuk menyasarkan kenderaan perisai milik Israel.

Pelancar roket itu boleh melancarkan satu kepala peledak dan boleh diisi semula dengan pantas, menjadikannya sesuai untuk perang gerila menentang musuh yang menggunakan kenderaan perisai di medan perang. 

Senjata yang digunakan oleh Hamas dan dikesan oleh tentera Israel di medan perang adalah dari Pyongyang, kata beberapa pegawai Korea Selatan dan pakar-pakar mengenai senjata Korea Utara.

Mereka berkata bahawa semasa serangan besar-besaran pada 7 Oktober lalu, Hamas juga menggunakan raifal Jenis 58 Korea Utara, yang merupakan varian daripada senapang Kalashnikov.

Kerajaan Korea Utara didakwa secara haram menjual senjata untuk membiayai program senjata nuklearnya. Pelancar roket F-7 dan pelbagai jenis raifal didakwa telah dijual kepada Iran sebelum diserahkan kepada Hamas.

Bagaimanapun, Pyongyang secara terbuka menafikan bahawa pihaknya mempersenjatai Hamas, malah, menyifatkan  dakwaan itu sebagai ‘khabar angin tidak berasas dan palsu’ yang disebarkan oleh Amerika Syarikat (AS). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI