fbpx

India rasmi tiang bendera 127 meter, lebih tinggi daripada Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiang bendera itu didirikan Pos Pemeriksaan Bersama Attari-Wagah. - NDTV

NEW DELHI, India – Menteri Kesatuan Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya, Nitin Gadkari merasmikan tiang bendera tertinggi di India berhampiran Pos Pemeriksaan Bersama Attari-Wagah.  

Akhbar Tribune India melaporkan, Pihak Berkuasa Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI) telah melaksanakan tugas memasang tiang bendera berketinggian 127 meter itu.

Tiang bendera India berketinggian 109 meter telah dibina pada Mac 2017. 

Dalam ‘perang bendera’ yang jelas, Pakistan menaikkan tiang bendera berketinggian 121 meter pada Ogos tahun sama.

Tiang bendera baharu itu adalah 5.5 meter lebih tinggi berbanding tiang bendera Pakistan yang dinaikkan di kawasan Wagah.

Ahli Parlimen Amritsar, Gurjeet Aujla berkata, projek itu menelan kos sekitar 80 juta rupee (RM4.6 juta), manakala kain bendera itu diperbuat daripada campuran satin dan kapas supaya ia bertahan dalam cuaca buruk.

“Terdapat tangga di dalam tiang selain lif hidraulik di luar,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI