fbpx

Agong titah penerima jangan jual rumah Ru’RASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau rumah 'RuRASA' yang dikurniakan oleh baginda sendiri kepada Nor Rafeah Mustafa, 41, di Kampung Pahang Tua, Pekan, Pahang.

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah penerima rumah kurniaan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) diingatkan tidak menjual rumah mereka kepada orang lain.

Baginda dalam masa sama turut mengingatkan kepada penerima agar menjaga rumah yang diterima mereka sebaik mungkin.

“Saya tidak suka mendengar mana-mana penerima hendak menjual rumah di masa akan datang. Kalau tidak ada waris, sila hubungi pihak majlis daerah atau Pejabat Sultan untuk maklumkan status, penghulu dan ketua kampung juga harus bertanggungjawab,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan mengurniakan kunci rumah Ru’RASA yang dibina dengan kerjasama kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada 16 penerima di daerah ini bertempat di Kampung Pahang Tua, di sini.

Titah baginda, rakyat dan kerajaan mengucapkan terima kasih kepada pihak UAE dan berharap ianya dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sementara itu, salah seorang penerima, Nor Rafeah Mustafa, 41, melahirkan rasa syukur apabila penantian selama lima tahun untuk memilik rumah sendiri akhirnya tercapai.

Kata ibu tunggal dua anak berusia 10 dan 15 tahun itu, lebih terharu apabila rumah berkenaan dikurniakan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah.

“Sebelum ini saya tinggal di rumah ibu bapa saya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah Ru’RASA ini. Saya mohon lima tahun lalu melalui e-Kasih selain turut menghantar borang. Ibu pula mengizinkan rumah di bina di atas tanahnya.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuanku kerana mengurniakan rumah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI