fbpx

Muktamar Pas : Tunjuk prestasi supaya Pas terus jadi pilihan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar beramah dengan peserta DUPP, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pas perlu mengekalkan prestasi sebagai kerajaan di empat negeri dalam usaha menjadi parti pilihan mentadbir negara ini pada masa depan di peringkat Persekutuan.

Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, akan sampai satu peringkat tiada parti yang mampu menjadi kerajaan pusat dan Pas yang akan menjadi pilihan.

“Dalam tempoh lima tahun ini merupakan satu tempoh yang penting, kita sudah menang empat negeri dan kita berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Selangor.

“Ini adalah semua proses dan jika kita boleh membuktikan kemampuan mentadbir dengan baik di empat negeri, (sudah pastinya) akan menjadi model kepada dasar Islam yang kita bawa.

“Kita juga boleh memainkan peranan yang berkesan di dewan negeri terutama di Selangor. Maka, pada pilihan raya akan datang adalah jelas Pas dan Perikatan Nasional (PN) merupakan pilihan jelas (kepada pengundi),” katanya ketika berucap pada Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) Ke-64 di IDCC hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI