fbpx

Euro 2024: Aksi sempurna bantu England mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE meledak dua gol ketika membantu England menewaskan Itali awal pagi semalam untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Euro 2024. - AFP

LONDON – Pengendali England, Gareth Southgate memuji impak yang dipamerkan Jude Bellingham dan Harry Kane dalam membantu pasukan layak ke kejohanan Euro 2024 selepas menewaskan Itali 3-1 pada aksi kelayakan awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Wembley itu, Kane selaku kapten pasukan berjaya menjaringkan dua gol, manakala satu lagi jaringan dilakukan oleh penyerang Manchester United, Marcus Rashford.

Menurut Southgate, apa yang mencuri tumpuan adalah cara Bellingham mendominasi jentera tengah sekali gus memastikan Three Lions dapat mengekang asakan Itali sepenuhnya sepanjang aksi tersebut.

“Saya sangat gembira apabila kami dapat menguasai perlawanan ini dengan pujian wajar diberikan kepada Bellingham. Semua orang boleh lihat bagaimana dia pamerkan aksi cukup matang di atas padang walaupun masih muda.

“Secara jujur, saya percaya dia adalah masa depan buat pasukan ini dan kami sangat bertuah dia menyarung jersi England. Dia seorang pemain sempurna kerana bukan sahaja boleh membantu jentera serangan, malah cukup disiplin ketika bertahan,” katanya.

Sementara itu, Southgate turut gembira dengan prestasi beberapa pemain senior termasuk Kane yang sangat ampuh di posisi penyerang bagi memastikan peluang keemasan pasukan dapat disudahkan dengan baik.

“Ini adalah kombinasi pasukan yang baik kerana kita menggabungkan pemain senior dengan junior. Kane antara yang menyerlah dan menunjukkan contoh positif buat pemain muda kami bagi memastikan tempo dapat dikekalkan sepanjang perlawanan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI