fbpx

Pemandu ambulans berhenti ambil pisang goreng ketika bawa pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemandu ambulans disiasat kerana berhenti mengambil pisang goreng di Nakhon Nayok baru-baru ini. - Foto Khaosod

BANGKOK – Sebuah hospital di Nakhon Nayok, Thailand mengarahkan siasatan dilakukan berhubung insiden seorang pemandu ambulansnya berhenti untuk mengambil pisang goreng daripada penjaja tepi jalan ketika membawa pesakit, lapor portal berita Thai PBS World semalam.

Berikutan insiden itu, pihak hospital menghantar wakilnya untuk memohon maaf kepada keluarga pesakit tersebut, Sommai Thongkerd, 64.

Dia menaiki ambulans  tersebut kerana mengalami kesukaran bernafas pada Jumaat lalu.

Dalam perjalanan ke hospital, pemandu berkenaan berhenti sebentar untuk mengambil pisang goreng daripada  penjaja tepi jalan. 

Pemandu itu dilaporkan memesannya menerusi internet dan memberitahu penjaja untuk menyerahkan makanan tersebut ketika dia dalam perjalanan  ke hospital.

Anak perempuan Sommai, Suchada Mali, 32, yang berada dalam ambulans bersama bapanya yang sakit  memerhatikan kejadian tersebut.

Insiden  terbongkar selepas wanita berkenaan mengadu mengenainya di media sosial selepas aduan kepada pihak hospital tidak membuahkan hasil. 

Pada Isnin lalu, pihak hospital mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa ambulans tersebut cuma berhenti selama tiga saat.

Sommai dimasukkan ke hospital untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang  pada  keesokan harinya selepas keadaannya kembali normal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI