fbpx

Konflik Palestin-Israel : Pemuda Pas anjur perhimpunan bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadhli ketika berucap pada Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-64, malam ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Perhimpunan dan perarakan aman akan dibuat menuju ke kedutaan Amerika Syarikat sebagai bantahan serangan rejim Zionis terhadap Palestin, dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini sebagai solidariti berterusan kepada rakyat Palestin yang kini berdepan kekejaman Israel.

“Bila akan dibuat? kita laksanakan dalam masa terdekat,” katanya dalam ucapan dasar Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-64 hari ini.

Menurut beliau, Dewan Pemuda Pas komited dalam menyelesaikan serta mencari solusi terutama isu-isu melibatkan dunia Islam seperti isu Palestin, Kashmir dan Uyghur.

Kata Ahmad Fadhli, situasi semasa adalah keganasan dilakukan Israel telah merebak ke seluruh Palestin.

“Semangat rakyat Palestin tidak luntur dengan terus berjuang dalam menghadapi kezaliman dengan gagah berani.

“Rakyat Palestin juga gagal dilemahkan oleh negara Arab dan Islam yang telah mengecewakan mereka apabila melaksanakan normalisasi dengan Israel mengikut pengaruh negara barat,” katanya.

Difahamkan, Pemuda Pas juga telah membatalkan jemputan terhadap wakil negara-negara yang menyokong Zionis untuk menghadiri muktamar kali ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI