fbpx

SPA Perak serah kes FB digodam kepada pihak berwajib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laman Facebook SPA Perak yang digodam sejak semalam masih memuat naik video-video lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab hari ini.

IPOH – Kes laman sosial Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak digodam kini berada di bawah tindakan pihak berwajib.

SPA negeri dalam kenyataannya berkata, pejabat memahami keresahan yang dirasai oleh ramai pihak berkenaan gangguan yang dialami oleh Laman Facebook rasmi SPA Negeri Perak.

“Dimaklumkan bahawa pihak kami telah mengambil tindakan sewajarnya sejak awal perkara tersebut berlaku dan kini berada di bawah tindakan pihak berwajib.

“Oleh itu, kami menegaskan laman tersebut bukan lagi merupakan medium rasmi SPA negeri Perak dan semua pihak disarankan mendapatkan maklumat terkini yang berkaitan dari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak,” katanya.

Menerusi kenyataan itu, SPA Perak juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk orang awam yang telah sama-sama menunjukkan keprihatinan di atas apa yang berlaku.

Terdahulu, media melaporkan, akaun rasmi Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak dipercayai digodam pada 16 Oktober lalu.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Facebook, kelihatan beberapa video lucah dimuat naik sehingga mengundang persoalan dalam kalangan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI