fbpx

PRK Kemaman: SPR tetapkan hari mengundi 2 Disember depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani pada sidang akhbar berhubung tarikh PRK Kemaman di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Terengganu pada 2 Disember 2023.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sementara itu, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November , manakala hari undi awal ditetapkan 28 November 2023.

Terdahulu, Abdul Ghani mempengerusikan satu mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini tadi bagi menentukan tarikh-tarikh penting dalam melaksanakan PRK Kemaman.

Abdul Ghani (tengah) menunjukkan peta kawasan Parlimen Kemaman di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya tadi. – Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pempestiyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul.

Keputusan dibuat Charles Fernandis yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Dalam PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing- masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI