fbpx

Dewan Rakyat: 101 Ahli Parlimen, tiga senator telah jalani pemeriksaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melakukan pemeriksaan kesihatan di Parlimen, semalam. - Foto Facebook Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan sehingga hari ini seramai 101 orang daripada 222 Ahli Parlimen telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Tan Sri Johari Abdul berkata, seramai tiga senator bertaraf anggota pentadbiran juga telah membuat pemeriksaan tersebut.

“Untuk makluman, tarikh akhir untuk pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Oktober ini.

“Yang Berhormat boleh menghubungi doktor klinik Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini,” katanya sebelum memulakan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu pada September lalu, Johari berkata, semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI