fbpx

Pesawat Beechcraft TUDM mendarat cemas, empat kru selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Beechcraft B200T terpaksa melakukan pendaratan cemas di LTSAS, tengah hari tadi.

SUBANG JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat miliknya, Beechcraft B200T terpaksa melaksanakan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, tengah hari tadi.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

“Pesawat daripada No 16 Skuadron itu membawa empat anak kapal dan sedang melaksanakan latihan penerbangan.

“Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada pukul 11.27 pagi.

“Semua anak kapal yang terlibat selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kenyataan itu hari ini.

Susulan kejadian itu, TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI