fbpx

Gerakan Belia 4B anjur Kejohanan Bola Sepak Grassroot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ridhwan (dua dari kiri) menurunkan tandatangan di atas bola sebagai gimik pelancaran Kejohanan Bola sepak Grassroot di Melaka baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lebih daripada 200 kanak-kanak dari seluruh negeri telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Grassroot yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Gerakan Belia 4B Malaysia, Kelab Kiddo Kickers Soccer dan Kelab Bola Sepak Durian Tunggal, Melaka.

Kejohanan yang berlangsung di Padang UTeM, Melaka itu telah menarik penyertaan daripada 20 pasukan yang terdiri daripada kategori pasukan berumur di bawah 12 tahun dan 15 pasukan bagi peserta yang berumur di bawah  10 tahun.

Juara pasukan daripada setiap kategori telah membawa pulang trofi, wang tunai dan juga pingat.

Presiden Gerakan Belia 4B, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali berkata, kejohanan tersebut dianjurkan bertepatan dengan Hari Sukan Negara yang diraikan di negara ini bertujuan untuk mencari bakat baharu berpotensi dan boleh diserap masuk sebagai pelapis pasukan bola sepak negara.

“Kami berharap melalui program seumpama ini akan memberi pendedahan awal kepada golongan kanak-kanak ini dalam permainan liga sekali gus dapat melatih mereka lebih berkeyakinan untuk bermain di gelanggang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis perasmian kejohanan bola sepak dan penyampaian hadiah kepada para pemenang baru-baru ini.

Mohd. Ridhwan berkata, industri sukan adalah platform terbaik untuk menyatukan golongan belia dan berharap lebih ramai pihak tampil untuk mewujudkan  projek usaha sama bagi membangunkan program berguna kepada golongan tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI