fbpx

Kanak-kanak lapan tahun hebat tebar roti canai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang kanak-kanak menebar roti canai terbang yang tular di laman TikTok

PETALING JAYA – Telatah seorang kanak-kanak menebar roti canai terbang di sebuah gerai telah menarik minat orang ramai di media sosial.

Menurut hantaran pengguna yang dikenali sebagai @ninakariena di TikTok, kanak-kanak yang berusia lapan tahun itu sangat minat menebar roti canai terbang.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai dilihat banyak memberikan kata-kata positif serta galakan kepada kanak-kanak tersebut.

“Mak cik ini sudah bertahun-tahun ikut ayah tebar roti canai, tapi tak pandai-pandai. Adik ni kecil lagi sudah pandai,” kata Haliza.

“Hebat dik, nanti buatkan abang roti canai terbang dua ya,” kata Kamal.

“Habislah, Wahid Senario pun kalah ni,” kata Syawal.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 35,800 tanda suka dan 1,338 komen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI