fbpx

TMM 2024: Melaka cadang tubuh jawatankuasa khas pembersihan pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIS (dua dari kiri) dan Mohd. Zaki (dua dari kanan) pada Program Petronas Menyemai Masa Hadapan, Pembersihan Pantai dan Kitar Semula di Pantai Puteri, Melaka, hari ini. Foto oleh oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Melaka bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meningkatkan kebersihan pantai sebagai persediaan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Pengerusi Jawatankuasa Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, usaha itu bukan sahaja melibatkan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi masyarakat setempat secara keseluruhannya.

“Saya kira aspek ini penting memandangkan pantai peranginan di Melaka menjadi antara lokasi tumpuan pelancong setiap kali berkunjung ke negeri ini.

“Insya-Allah kita akan usulkan untuk tubuh satu jawatankuasa pembersihan pantai tetapi kali ni kalau ditubuhkan saya ingin penglibatan bukan hanya ahli majlis tetapi daripada masyarakat setempat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Petronas Menyemai Masa Hadapan, Pembersihan Pantai dan Kitar Semula di Pantai Puteri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau menjelaskan, kerja-kerja pembersihan pantai sememangnya telah dilaksanakan oleh beberapa agensi, namun ia akan diperkasakan dengan penubuhan jawatankuasa berkenaan.

“Sebelum ini memang telah ada agensi swasta yang menguruskan kebersihan pantai, namun dengan jawatankuasa ini tahap pembersihan dapat ditingkatkan lagi pada tahap optimum,” ujarnya.

Terdahulu, pada program tersebut seramai 300 sukarelawan telah berkumpul untuk menjalankan aktiviti pembersihan pantai yang turut disertai Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Mohd. Zaki Mahat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI