fbpx

Pengurusan Mid Valley Southkey, St. Giles Hotel Southkey terima panggilan ancaman keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG masih berkumpul di luar pekarangan pusat beli-belah Sogo Mid Valley Southkey, Johor Bahru ekoran terdapat ancaman bom petang tadi.

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan The Mall, Mid Valley Southkey (the Mall) dan St. Giles Hotel Southkey mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan ancaman keselamatan melalui panggilan telefon.

The Mall, Mid Valley Southkey dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan telefon itu petang tadi oleh pihak yang tidak dikenali.

“Pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor segera dimaklumkan selesai terima panggilan itu.

“Kami boleh mengesahkan bahawa siasatan oleh pihak berkuasa sedang berjalan dan kami membantu mereka sebaik mungkin.

“Kami telah diarahkan oleh pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan yang terjejas sebagai langkah proaktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, ribuan pengunjung termasuk pekerja sebuah pusat beli-belah ternama di bandar raya ini berdepan apabila diarahkan mengosongkan bangunan itu secara tiba-tiba kira-kira 6.30 petang tadi.

Dalam pada itu, The Mall, Mid Valley Southkey memberitahu, pihak pengurusan pusat membeli-belah membantu dalam kelancaran pengosongan bangunan itu.

“Keselamatan tetamu, pembeli, penyewa, pekerja dan komuniti kami tetap menjadi keutamaan kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI