fbpx

Belanjawan 2024: Kenaikan harga padi tingkatkan pendapatan pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Pengumuman kenaikan harga lantai belian padi menerusi Belanjawan 2024 menunjukkan kerajaan Perpaduan mendengar rungutan dan keluh-kesah pesawah apabila harga belian padi diturunkan oleh pengilang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, pesawah MADA teruja dengan pengumuman harga lantai belian padi yang dinaikkan kepada RM1,300 per tan metrik daripada RM1,200 per tan metrik.

“Kali terakhir ia diselaraskan adalah pada 2014 dan dengan kenaikan harga lantai belian ini, ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan pesawah.

“Pengumuman ini sangat ditunggu-tunggu dan merupakan berita gembira oleh semua pesawah selain pelengkap kepada kenaikan RM500 Skim Subsidi Harga Padi yang telah diberikan oleh kerajaan dalam sektor padi pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, menerusi Belanjawan itu juga, kerajaan memberi fokus kepada projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun untuk memastikan peningkatan pengeluaran padi negara.

“Sehubungan itu, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur pengairan di kawasan Muda,” ujarnya.

Ismail berkata, selain itu, seramai 57,635 pesawah MADA akan menerima manfaat daripada Skim Takaful Tanaman Padi yang diperkenalkan oleh kerajaan Perpaduan.

“Skim ini diperkenalkan untuk melindungi pesawah daripada sebarang risiko bencana dengan sebanyak RM50 juta diperuntukkan di bawah Tabung Bencana Pertanian bagi memberi pampasan kepada petani, penternak dan nelayan yang terkesan akibat bencana,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya menyambut baik Belanjawan Madani 2024 itu yang menunjukkan keprihatinan kerajaan Perpaduan dalam memperhebatkan usaha untuk menjamin kelangsungan industri Agromakanan serta menjaga kebajikan pesawah di seluruh negara terutama dalam kawasan Muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI