fbpx

Sokong Palestin, bintang porno Mia Khalifa dipecat Playboy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS bintang pornografi, Mia Khalifa dipecat majalah Playboy disebabkan kelantangannya menyokong serangan Hamas terhadap Israel.

MAJALAH hiburan terkemuka dunia, Playboy memecat bekas bintang filem dewasa kelahiran Lubnan, Mia Khalifa selepas pencipta kandungan itu menyiarkan beberapa siri ciapan yang meraikan serangan Hamas ke atas Israel.

Sokongan serta kelantangan personaliti media berusia 30 tahun itu terhadap Hamas yang disebut sebagai pejuang kebebasan membuatkan majalah berkenaan memutuskan hubungan kerja dengannya serta-merta.

Menerusi kriman e-mel kepada komuniti pencipta (creators) Playboy, syarikat itu mengumumkan secara rasmi keputusan menamatkan segala kaitan dengan Mia Khalifa, termasuk memadam saluran Playboy Mia dalam platform pencipta mereka.

Di Playboy, kami menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan politik yang membina, tetapi kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk ucapan kebencian.

“Disebabkan kenyataannya, kami merasakan Mia tidak lagi sesuai mewakili jenama Playboy.

Kami harap Mia faham bahawa kata-kata serta tindakannya mempunyai akibat,” kata kenyataan Playboy itu.

Majalah itu turut menyatakan saluran Playboy Khalifa akan dialih keluar, manakala semua video terdahulu turut disekat.

Kontroversi bermula pada Sabtu lalu apabila Khalifa menyiarkan ciapan yang menggalakkan pejuang Palestin merakam kekejaman Israel ke atas tanah tumpah darah mereka agar dapat dilihat generasi akan datang.

Tidak lama selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel yang memperlihatkan model itu berkongsi beberapa lagi hantaran kepada 5.7 juta pengikutnya dalam platform X.

Jika anda boleh melihat keadaan di Palestin dan tidak berpihak kepada rakyat Palestin, maka anda berada di pihak yang salah dalam apartheid dan sejarah akan menunjukkannya pada masanya akan datang,” katanya.

Daripada semakan, sehingga hari ini, Khalifa masih lagi aktif dalam laman X miliknya dan memuat naik tanda sokongan yang tinggi terhadap Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI